| `sesweet Hαisyα` |: Soalan buat Si Dia

Soalan buat Si Dia


1) Awak ? betul kea awak sayang dekat saya ? kalau betul awak sayang saya , nak tak kita jangan jumpa langsung sampai kita betul-betul nikah ? kalau awak sayang saya , awak tentu tak nak kita buat dosa dengan brjumpa macam tu kan ? awak ? bila kita habis study segala benda dua atau tiga tahun lagi baru kita jumpa dan nikah terus nak ?

 2) Awak ? sanggup tak awak jumpa ahli keluarga saya dan cakap dekat diorang secara direct yang niat awak nak ambil saya sebagai isteri suatu hari nanti ? dan sanggup tak awak bawak saya jumpa parent awak dan perkenalkan saya sebagai calon isteri meskipun kita masih study lagi ? kenapa kita mesti diamkan hubungan kita kalau betul awak dah nekad nak kawin ngan saya suatu hari nanti?

3) Awak ? boleh tak kita jangan berhubung langsung sampai kita menikah ? saya bukan milik awak lagi untuk awak kata awak rindu kat saya dan ucapkan kata-kata cinta kat saya . semua kata-kata tu cuma layak untuk seorang isteri jea awak . kalau betul awak akan kawin dengan saya suatu hari nanti , baru boleh awak cakap macam tu . sanggup tak awak?

4) Awak ? boleh tak awak jangan bagi hadiah atau apa atas nama sayang dan cinta dekat saya ? saya bukannya dibawah tanggungan awak untuk saya terima semua hadiah tu . dosa awak' kalau saya terima hadiah macam tu . duit tu bukan milik saya awak .

5) Awak ? sanggup tak awak tak cakap dekat sapa-sapa yang saya ni milik awak ? kalau betul awak cintakan saya dan bukannya cari populariti yang awak ada makwe mesti awak sanggup kan ? saya bukannya milik awak lagi . kita masih belum ada ikatan yang sah awak .

6) Awak ? sanggup tak awak belajar dan dalami agama kita sedalam mungkin ? jika betul awak nak jadi imam saya untuk seumur hidup , mesti awak sanggupkan ? saya nak suami saya dalam ilmu agama dia . jadi dia boleh bimbing saya dan anak-anak saya dengan dia sebaik mungkin bila dah kawin nanti . sanggup tak' awak dedikasikan hidup awak sepenuhnya kepada Allah dan tinggalkan benda-benda yang lalai ?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan